Anda di sini

15 calon bertanding di Silam

Advertisement

LAHAD DATU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Bahagian Silam berjalan lancar dengan menyenaraikan 15 calon layak bertanding pada PRU14.

Seawal jam 8 pagi, calon yang diiringi penyokong parti mula berkumpul di perkarangan Dewan Sri Perdana, di sini pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, mula menerima pendaftaran calon-calon pada jam 9.11 pagi dan majlis berakhir jam 1.45 petang.

Sebanyak 15 calon menghantar pencalonan masing-masing dengan emat dari Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (empat), Parti Harapan Rakyat Sabah (empat), Parti Islam SeMalaysia (dua) dan satu Parti Kebangsaan Sabah.

 

Penyandang kerusi Parlimen Silam Datuk Nasrun Mansur, Datuk Mohd Yusof Apdal (Lahad Datu) dan Datuk Nilwan Kabang (Kunak) turut menghantar pencalonan masing-masing.

Tiga calon wanita juga tampil buat kali pertama menyertai persaingan PRU14 iaitu calon BN Mizma Appehdullah, Shazianti Ajak (Harapan) dan Norazlinah Arif (Warisan).

Parlimen Silam akan menyaksikan saingan empat penjuru terdiri penyandangnya Nasrun (BN), Datuk Mohamadin Ketapi (Warisan), Shazianti Ajak (Harapan) dan Ramli Pataruddin (Pas).

DUN Lahad Datu menyaksikan saingan tiga penjuru antara penyandangnya Yusof (BN), Dumi Pg Masdal (Warisan) dan Wong Yu Chin (Harapan). Persaingan kerusi DUN Kunak disertai emat calon iaitu Nilwan (BN), Kasman Karate (Pas), Norazlina Arif (Warisan) dan Sahing Taking (Harapan).

Di Tungku, pertembungan empat penjuru antara Mizma (BN), Assafal @Samsul Kamal Alian (Warisan), Bulangan Panasi (Harapan) dan Abd Rahman Taggoh (Parti Kebangsaan Sabah).

15 calon yang bertanding di Silam.
15 calon yang bertanding di Silam.
  • oleh
  • Advertisement