Anda di sini

Rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement
 

SANDAKAN: Sebuah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Sentosa, Batu 10 di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.50 petang.

Anggota bomba melakukan pemadaman api sehingga padam sepenuhnya.
Anggota bomba melakukan pemadaman api sehingga padam sepenuhnya.

"Dua buah jentera pemadam FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dengan kekuatan 11 anggota diketuai PBK II Arshad Kadir digegaskan ke lokasi kejadian," katanya.

Anddre berkata pasukan bomba bertindak membuat pemadaman seterusnya membuat pemeriksaan menyeluruh seluruh kawasan terbakar bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Katanya tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan pada jam 6.06 petang.

  • oleh
  • Advertisement