Anda di sini

Najib mengetuai 32 penyandang calon BN pertahan Pahang pada PRU14

Advertisement

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai 32 calon penyandang Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pahang selain 16 muka baharu.

Selain Najib, yang ma-suk 10 penggal bertan-ding untuk mengekalkan kerusi Parlimen Pekan bagi BN, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob turut memper-tahankan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk penggal kelapan.

Nama-nama besar yang turut akan bertanding mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Seri Liow Tiong Lai (Parlimen Bentong), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Parlimen Bera), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Seri Ismail Said (Parlimen Kuala Krau).

Nama-nama calon ber-kenaan diumumkan oleh Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang pada Majlis Pengumuman dan Penye-rahan Watikah kepada calon-calon BN Pahang PRU14 di Yayasan Pahang di sini semalam.

Sementara itu, antara muka baharu yang ditam-pilkan di kawasan Parlimen ialah Pegawai Khas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Kuantan), Datuk Wong Kiew Lee; Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Indera Mahkota Johan Mat Sah (Indera Mahkota).

Untuk kawasan DUN, sebanyak 13 muka baharu dipertaruhkan, yang kebanyakannya daripada MCA.

Mereka ialah Leong Tack Man (Tanah Rata), Lee Ah Wong (Cheka), Eng Lek Pong (Tras), Lim Chow Lee (Damak), Kuek Tei Sion (Semambu), Tee Choon Ser (Teruntum), Wong Tai Cei (Mentakab), Poo Moon Hiong (Bilut).

Calon muka baharu daripada UMNO ialah Nadzri Ngah (Pulau Tawar), Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad (Tanjung Lumpur), Abdul Rahim Muda (Lepar), Datuk Nor Azmi Mat Ludin (Kuala Semantan) dan Ir Razali Kassim (Muadzam Shah).

Dua orang calon pula membuat penampilan semula iatu Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh yang bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Beliau sebelum ini pernah bertanding di kawasan DUN Buntong, Perak pada PRU13 namun tewas kepada calon DAP A Sivasubramaniam.

Naib Presiden MCA Chew Mei Fun pula akan bertanding kerusi Parlimen Raub yang sebelum ini menjadi pere-butan antara UMNO dan MCA.

Chew sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014 dan tewas kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penyandang kerusi DUN Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan yang pernah  menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia digugurkan dan digantikan muka baharu  Ir Razali Kassim.

Turut tidak tersenarai sebagai calon ialah pe-nyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail yang digantikan dengan muka baharu Nadzri Ngah, dan penyandang DUN Damak Datuk Lau Lee digantikan dengan Lim Chow Lee. — Bernama

Advertisement