Anda di sini

Lelaki didakwa cuba curi bateri lori

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berhadapan penjara selama tujuh tahun, apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan cuba mencuri sebuah bateri lori milik seorang lelaki.

Mohd Sahrudin Sindi@ Raimen, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun atau denda.

Tertuduh didakwa cuba mencuri bateri lori milik  Vun Yuk Kong, 57, dengan memotong penghadang besi dengan menggunakan pemotong besi.

Kesalahan dilakukan pada 18 April jam 1.30 petang di Jalan Penampang-Papar Lama, Kampung Maang, daerah Penampang.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pengurusan kes pada 4 Jun terhadap tertuduh, yang diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit melakukan pendakwaan terbabit.

 

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan yang memiliki peralatan judi dikenakan denda RM2,000 atau penjara empat bulan.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Faizar Ibu selepas mengaku bersalah, memiliki dua buku kecil tercatat angka-angka dipercayai 4D haram.

Kesalahan dilakukan pada 28 Disember 2016 jam 4 petang di sebuah rumah, Cenderawasih, Likas di sini.

Ketika disoal mahkamah, tertuduh menyatakan sudah tiga tahun melakukan kegiatan terbabit.

Afiq juga memerintahkan wang rampasan sebanyak RM202 diserahkan kepada perbendaharaan negara.

Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng bertindak untuk pendakwaan.
 

  • oleh
  • Advertisement