Anda di sini

Langgar perintah: Dua kena 18 bulan, satu sebat

Advertisement

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan dikenakan penjara 18 bulan dan satu sebat, kerana gagal mematuhi perintah pengawasan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (APD) 1983.
Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Veron Masindad, 23, dan Earama Gowana, 40, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.  

Veron yang diletakkan di bawah perintah pengawasan Mahkamah Majistret pada 20 Mei 2016,  didapati gagal mematuhi Seksyen 6 (2) (d) APD 1983, kerana menggunakan Methamphetamine.

Kesalahan dilakukan pada 13 Februari jam 3.30 petang di Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu, di sini.

Earama pula gagal mematuhi perintah Mahkamah Majistret pada 22 November tahun lalu, kerana melanggar syarat Seksyen 6 (2) (f) akta sama apabila menghadiri program pemulihan dadah, yang diadakan kerajaan.

 

Kesalahan dilakukan pada 30 November tahun lalu jam 2 petang di tempat sama.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6 (3) akta sama, yang boleh dikenakan penjara selama tempoh tiga tahun atau tidak melebihi tiga sebatan.

Afiq memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Pegawai Pendakwa Jeffery Angli dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

  • oleh
  • Advertisement