Anda di sini

Wanita SUPP Simanggang anjur pemeriksaan mata percuma

Advertisement
 Ling membantu penduduk mendapatkan cermin mata menerusi program anjuran Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Simanggang.
BUAT PILIHAN: Ling membantu penduduk mendapatkan cermin mata menerusi program anjuran Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Simanggang.

SERAMAI 100 penduduk dari Rumah John Ellie, Kampung Sabu di Sri Aman, menikmati pemeriksaan mata secara percuma anjuran Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di balai raya kampung berkenaan, baru-baru ini.

Pengerusinya Ling Siew Hung berkata, selain pemeriksaan mata percuma, Wanita SUPP Cawangan Simanggang ini turut menyediakan cermin mata secara percuma kepada penduduk yang menyertai program ini.

Menurutnya, hasil daripada program ini, pihaknya telah berjaya mengumpul 100 penduduk di kawasan ini untuk menikmati perkhidmatan pemeriksaan mata dan membuat cermin mata secara percuma.

Beliau menambah, program ini merupakan salah satu usaha Wanita SUPP Cawangan Simanggang untuk membantu penduduk yang memerlukan cermin mata.

“Kebanyakan mereka yang membuat cermin mata ini adalah mereka yang mengalami rabun dekat dan rabun jauh,” ujarnya.

Dalam pada itu Ling menambah, sebelum ini pihaknya turut mengadakan program yang sama di Rumah Bandi Lapeh di Sebangkoi Ulu, Paku Undop pada minggu lepas yang dinikmati lebih 100 penduduk di rumah panjang berkenaan.

Turut hadir pada program berkenaan Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Advertisement