Anda di sini

Star letak 17 calon DUN, enam Parlimen

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (Star) meletakkan 17 calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam calon untuk kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Presiden Star Datuk Dr Jeffery Kitingan ketika mengumumkan senarai calon parti itu pada Rabu berkata, 99 peratus calon parti itu adalah muka baharu.
"Empat daripada mereka adalah calon muda berusia bawah 40 tahun," katanya.

Jeffrey akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.32 Tambunan dan juga kawasan Parlimen P.180 Keningau.
Manakala kerusi N.33 Bingkor yang dimenanginya pada PRU13 akan disi muka baharu, Robert Tawik @Nordin.

Star juga akan menampilkan seorang artis tempatan, Baritus Gungkit @Everitus yang akan bertanding di N.37 Sook.

 Aloysius Danim (N.20 Moyog), Cleftus Stephen (P.174 Penampang) dan Chong Pit Fah (N.29 Kapayan)
Dari kiri: Aloysius Danim (N.20 Moyog), Cleftus Stephen (P.174 Penampang) dan Chong Pit Fah (N.29 Kapayan)


Calon lain yang diumumkan Star ialah Kong Fui Seng (N.34 Liawan), Marunsai Dawai (N.4 Matunggong), Joel Masilung (N.5 Tandek), Suwah Bulleh (N.6 Tempasuk), Rubbin Guribah (N.7 Kadamaian), Terrence Sinti (N.11 Kiulu), Samin @Jasmin Dulin (N.9 Tamparuli), Peddrin Tuliang @Tuling (N.31 Paginatan), James Ait (N.47 Kuamut), Rainus Awang (N.40 Labuk), Japiril Suhaimin (N.29 Kundasang), Aloysius Danim Siap (N.20 Moyog), Chong Pit Fah (N.29 Kapayan) dan   Jaineh Juata @Jimmy Jawatah (N.35 Melalap).

Calon parlimen ialah Soudi @Sami Andang (P.179 Ranau), Kustin Ladi (P.182 Pensiangan), Cleftus Stephen Spine (P.174 Penampang), Jamil William Core (P.175 Papar) dan Joh Jimmy @Richard Joe Jimmy (P.181 Tenom).

Barisan calon Star bagi PRU14.
Barisan calon Star bagi PRU14.
  • oleh
  • Advertisement