Anda di sini

Sabah juara Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Kebangsaan

Advertisement
IBNU dan Rokiah meneliti piala yang dimenangi pasukan Sabah.
IBNU dan Rokiah meneliti piala yang dimenangi pasukan Sabah.

KOTA KINABALU: Sabah dinobatkan juara keseluruhan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat Kebangsaan di Polimas Jitra Kedah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Nordin Pauzi berkata Sabah diwakili 36 pelajar tingkatan empat dan lima yang menewaskan 15 pasukan negeri serta Wilayah Persekutuan dalam perkhemahan selama empat hari bermula 18 hingga 23 April.

"JBPM Sabah berbangga dengan pencapaian dan kita merakamkan penghargaan kepada Petronas kerana memberikan sumbangan kewangan bagi membolehkan kami menghantar anggota menyertai perkhemahan ini," katanya.

Peserta yang selamat kembali ke Sabah mengunjungi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia disambut Penolong Pengarah Bahagian Latihan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Ibnu Sahad Punggak.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Rokiah Sulaiman.

Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan adalah program tahunan JBPM bersama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk setiakawan dalam kalangan ahli pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat.

SEBAHAGIAN Kadet Bomba Sabah yang menyertai perkhemahan kebangsaan di Jitra Kedah.
SEBAHAGIAN Kadet Bomba Sabah yang menyertai perkhemahan kebangsaan di Jitra Kedah.
  • oleh
  • Advertisement