Anda di sini

Polis Peru buru suspek bunuh lelaki Kanada

Advertisement
 Pegawai polis memeriksa mayat lelaki Kanada yang dibunuh selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang bomoh tua yang disanjung ramai di daerah Ucayali, timur laut Peru pada 21 April lalu. — Gambar AFP
PERIKSA: Pegawai polis memeriksa mayat lelaki Kanada yang dibunuh selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang bomoh tua yang disanjung ramai di daerah Ucayali, timur laut Peru pada 21 April lalu. — Gambar AFP

LIMA: Polis Peru kelmarin memburu dua lelaki yang dikehendaki dalam kes pembunuhan seorang lelaki Kanada yang disyaki pula membunuh seorang bomoh wanita yang tua di sebuah bahagian terpencil dalam hutan hujan Amazon di negara tersebut.

Mayat Sebastian Paul Woodroffe, 42, dijumpai Sabtu lepas dalam daerah Ucayali, timur laut Peru, yang bersempadan dengan Brazil, tidak jauh dari mana wanita berusia 81 tahun itu dibunuh beberapa hari sebelum itu.

Rakaman kematian Woodroffe yang mengerikan di tangan perusuh telah diedar dengan meluas dalam media sosial.

Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan melakukan cubaan agresif untuk meletakkan tali hitam pada leher seorang lelaki lain yang terduduk dalam lopak air dengan wajah berdarah yang cuba – tetapi tidak berjaya – untuk melawannya.

“Tolong, jangan!” katanya dalam bahasa Sepanyol, dan seseorang kedengaran berkata: ‘Anda yang meminta-nya’.”

Hakim David Panduro mengarahkan penangkapan dua suspek – yang dikenali sebagai Jose Ramirez dan Nicolas Mori – atas “kesalahan yang didakwa iaitu membunuh dengan niat”.

Pendakwa raya berkata punca kematian Woodroffe adalah cekikan, selain me-nyatakan bukti turut menunjukkan pelbagai kecederaan lain.

Mereka berkata pembunuhan Woodroffe ada kaitan dengan pembunuhan Olivia Arevalo, seorang bomoh, aktivis hak dan ketua yang disegani berusia 81 tahun dalam suku kaum peribumi Shipibo-Konibo yang ditembak mati pada 19 April.

Menurut sebuah kumpulan hak tempatan, seorang lelaki dengan loghat asing pergi ke rumah Arevalo dan apabila dia membuka pintu, lelaki itu melepaskan tembakan pada jarak dekat sebelum dia melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Polis segera melancarkan usaha untuk mencari suspek utama, yang mereka kenali sebagai seorang warga Kanada. Mereka menjumpai mayat Woodroffe ditanam berdekatan pada Sabtu lepas.

Lelaki-lelaki yang dikehendaki untuk kematian Woodroffe dalah anggota suku kaum Arevalo.

Dalam masyarakat Shipibo-Konibo, Arevalo merupakan seorang bomoh yang disanjung ramai kerana pengetahuannya tentang ubat-ubatan tradisional dan dipercayai mempunyai kuasa istimewa.

Woodroffe sudah tinggal di kawasan itu selama dua tahun dan telah mendapatkan tanah seluas 20 hektar di sana, kata media Peru.

Pendakwa raya Ricardo Jimenez berkata polis percaya salah satu motif utama bagi pembunuhan itu adalah hutang tidak dibayar sebanyak 14,000 sole Peru (RM16,340)yang dipinjam oleh anak Arevalo daripada Woodroffe.

“Hipotesis ialah warga Kanada itu mungkin ada uru-san dengan Olivia Arevalo berhubung pinjaman wang,” katanya kepada pemberita di Pucallpa, sebuah bandar dalam daerah Ucayali.

“Dia dipercayai tidak membayar balik wang itu dan pembunuhan ini adalah untuk membalas dendam. Ini adalah hipotesis yang kami sedang siasat.”

Tetapi laporan media me-nyebut polis juga sedang menyiasat satu lagi teori: bahawa Woodroffe membunuh bomoh itu kerana bomoh itu tidak membenarkannya untuk menyertai upacara ‘ayahuasca’.

‘Ayahuasca’ merupakan satu minuman halusinasi yang kuat dari Hutan Amazon yang diambil dalam upacara bomoh.

Pembunuhan bomoh tua itu mengejutkan Peru, dan Perdana Menteri Cesar Villa-nueva berjanji untuk me-lakukan segalanya untuk mencari orang yang bertanggungjawab.

“Sebagai orang yang berasal dari Amazon, saya rasa sangat sedih dengan pembunuhan Olivia Arevalo,” dia menulis dalam Twitter.

Kumpulan ‘Friends of the Earth’ cabang Perancis menggambarkannya sebagai “memori kaumnya”, dan berkata dia telah “mengabadikan kehidupannya untuk mempertahankan dan menggalakkan kebudayaan, tradisi dan lagu kaum Shipibo, dan meratapi kematiannya sebagai “satu kehilangan yang dahsyat”.

Pembunuhannya turut dikecam oleh EarthRights International, yang menganggapnya sebagai pembela hak alam sekitar dan berkata dia “menanggung akibat kerana tidak dilindungi kerajaan dan tidak diberi jaminan untuk mengguna-kan haknya tanpa dicedera-kan”.

Kira-kira 31,000 orang etnik Shipibo-Konibo tinggal dalam wilayah hutan Amazon di Peru.

Pada September 2014, empat ketua kaum peribumi Ashaninka dibunuh dalam wilayah Ucayali selepas pembalak haram dan pengedar dadah mengugut mereka. — AFP

Advertisement