Anda di sini

Peragut ditahan selepas kemalangan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Dua peragut bukan sahaja berputih mata malah bakal berhadapan hukuman penjara apabila berjaya ditahan selepas meragut seorang wanita yang baru habis berjoging di Taman Bukit Sepanggar, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kedua-dua suspek berumur 18 dan 27 tahun itu berjaya ditahan sepasukan orang awam selepas mengalami kemalangan berhampiran lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa berumur 24 tahun baharu selesai berjoging bersama bapanya dan berhenti di simpang jalan sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal dari arah belakang.

"Pembonceng motosikal terbabit kemudiannya meragut telefon bimbit mangsa menyebabkan mangsa cuba melawan sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan di jari kanan," katanya.

 KEADAAN motosikal suspek yang terperosok di bawah kereta pacuan empat roda selepas bertembung akibat menunggang di jalan bertentangan.
KEADAAN motosikal suspek yang terperosok di bawah kereta pacuan empat roda selepas bertembung akibat menunggang di jalan bertentangan.

Katanya suspek kemudiannya beredar meninggalkan lokasi kejadian dengan membuat pusingan U dan memecut melawan arus.

"Kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian motosikal suspek kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda dari arah bertentangan.

DUA suspek yang berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
DUA suspek yang berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
  • oleh
  • Advertisement