Anda di sini

Pemandu maut, penumpang cedera dalam kemalangan

Advertisement
 

LAHAD DATU: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya mengalami cedera ringan selepas lori kargo yang sarat dengan muatan baja dinaiki mereka terbabas di Kilometer 16 Jalan Lahad Datu-Tawau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Saparudin Madawing, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Anggota bomba bertugas sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.
Anggota bomba bertugas sedang berusaha mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

Manakala penumpangnya berusia 19 tahun mengalami cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Tawau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Kemil Rahmat.

Keadaan lori kargo yang terbalik dalam kejadian itu.
Keadaan lori kargo yang terbalik dalam kejadian itu.
  • oleh
  • Advertisement