Anda di sini

Musa dan tiga presiden parti pertahan kerusi

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman daripada UMNO dan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, kecuali Tan Sri Joseph Kurup akan mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Kurup yang juga Presiden PBRS memberi laluan kepada anaknya Arthur Joseph Kurup untuk bertanding kerusi Parlimen Pensiangan yang disandangnya pada PRU13.

Presiden PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula hanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan melepaskan kerusi Parlimen Keningau yang akan ditandingi Naib Presiden PBS Datuk Daniel Kinsik.

Musa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Sabah akan mempertahankan  kerusi DUN Sungai Sibuga. Presiden  UPKO yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran manakala Presiden LDP yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang (DUN Tanjong Kapor).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak diberi kepercayaan bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang berpindah ke kerusi Parlimen Sepanggar.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis dan Kota Marudu.

Pengumuman nama-nama calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN berkenaan dibuat oleh Musa pada satu majlis di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun; Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Papar, Beaufort, Silam dan Tawau.

Penyandang kerusi Parlimen yang diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Dr Marcus Mojigoh (Putatan), Datuk Dr Ewon Ebin (Ranau), Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Mohd Zakaria Edris (Libaran) dan Datin Linda Tsen Thau Lin (Batu Sapi).

Turut mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU13 ialah Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

BN Sabah turut menampilkan muka-muka baharu untuk bertanding kerusi Parlimen iaitu Datuk Joseph Lee (Kota Kinabalu) dan Caesar Mandela Malakun (Penampang). Yamani Hafez Musa pula menggantikan penyandang kerusi Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang akan bertanding di kerusi DUN Sindumin.

Calon muka baharu lain yang diketengahkan BN bagi kerusi Parlimen pada PRU14 ialah Datuk Daniel Kinsui (Keningau) dan Datuk Lim Ming Ho (Sandakan).

Dua penyandang kerusi DUN berpindah ke Parlimen iaitu Datuk Rubin Balang (DUN Kemabong) akan bertanding kerusi Parlimen Tenom dan Datuk Ramlee Marahaban (DUN Bugaya) ke Semporna.

Di peringkat DUN, dua lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Datuk Seri Yahya Hussin masing-masing sekali lagi diberi kepercayaan oleh BN untuk mempertahankan kerusi Tanjong Papat dan Petagas.

Anak kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai, Razak Tun Sakaran antara 18 muka baharu bertanding kerusi DUN. Razak yang juga adik kepada Datuk Seri Nasir Tun Sakaran akan bertanding kerusi DUN Bugaya manakala Nasir mempertahankan kerusi DUN Senallang.

Seorang lagi muka baharu, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan akan bertanding kerusi DUN Apas yang disandang abangnya, Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang meninggal dunia pada 15 Mac lepas.

Selain itu, bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Datuk Osman Jamal yang akan bertanding di Balung, bekas Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Exco Pemuda UMNO Jamawi Jaafar (Kemabong) juga antara muka baharu calon BN bagi kerusi DUN di negeri ini.

Calon muka baharu wanita ialah Julita Manjungki (DUN Matunggong), Dr Pamela Yong (DUN Luyang) dan Mizma Apehdullah (DUN Tungku).

MUSA bersalaman dengan calon-calon BN sempena majlis itu.
MUSA bersalaman dengan calon-calon BN sempena majlis itu.

Senarai Penuh Calon BN Sabah
 

P.167 KUDAT

Datuk Abdul Rahim Bakri (UMNO)

N.01 BANGGI

Datuk Mohd Mijul Unaini (UMNO)

N.02 TANJONG KAPOR

Datuk Teo Chee Kang (LDP)

N.03 PITAS

Datuk Bolkiah Ismail (UMNO)

P.168 KOTA MARUDU

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)

N.04 MATUNGGONG

Julita Majunki (PBS)

N.05 TANDEK

Datuk Lasiah Baranting @ Anita (PBS)

P.169 KOTA BELUD

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (UMNO)

N.06 TEMPASUK

Datuk Musbah Jamli (UMNO)

N.07 KADAMAIAN

Ewon Benedick (UPKO)

N.08 USUKAN

Datuk Japlin Akim (UMNO)

P.170 TUARAN

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO)

N.09 TAMPARULI

Datuk Jahid Jahim (PBS)

N.10 SULAMAN

Datuk Hajiji Noor (UMNO)

N.11 KIULU

Datuk Joniston Bangkuai (PBS)

P.171 SEPANGGAR

Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (UMNO)

N.12 KARAMBUNAI

Datuk Jainab Ahmad Ayid (UMNO)

N.13 INANAM

Datuk Johny Goh (PBS)

P.172 KOTA KINABALU

Datuk Joseph Lee (PBS)

N.14 LIKAS

Datuk Chin Su Ying (LDP)

N.15 API-API

Datuk Dr Yee Moh Chai (PBS)

N.16 LUYANG

Dr Pamela Yong (MCA)

P.173 PUTATAN

Datuk Dr Marcus Mojigoh (UPKO)

N.17 TANJUNG ARU

Datuk Ir Edward Yong Oui Fah (PBS)

N.18 PETAGAS

Datuk Yahya Hussin (UMNO)

P.174 PENAMPANG

Caesar Mandela Malakun (UPKO)

N.19 KAPAYAN

Datuk Francis Goh (MCA)

N.20 MOYOG

Datuk Donald Peter Mojuntin (UPKO)

P.175 PAPAR

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (UMNO)

N.21 KAWANG

Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (UMNO)

N.22 PANTAI MANIS

Datuk Abdul Rahim Ismail (UMNO)

P.176 KIMANIS

Datuk Seri Anifah Aman (UMNO)

N.23 BONGAWAN

Datuk Mohamad Alamin (UMNO)

N.24 MEMBAKUT

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (UMNO)

P.177 BEAUFORT

Datuk Azizah Mohd Dun (UMNO)

N.25 KLIAS

Datuk Isnin Haji Alisaneh (UMNO)

N.26 KUALA PENYU

Datuk Limus Jury (UPKO)

P.178 SIPITANG

Yamani Hafez Musa (UMNO)

N.27 LUMADAN

Matbali Musa (UMNO)

N.28 SINDUMIN

Datuk Sapawi Amat Wasali @ Ahmad (UMNO)

P.179 RANAU

Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)

N.29 KUNDASANG

Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS)

N.30 KARANAAN

Datuk Masidi Manjun (UMNO)

N.31 PAGINATAN

Datuk Abidin Madingkir (UPKO)

P.180 KENINGAU

Datuk Daniel Kinsik (PBS)

N.32 TAMBUNAN

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS)

N.33 BINGKOR

Peter Jino Aliun (PBS)

N. 34 LIAWAN

Datuk Sairin Karno (UMNO)

P.181 TENOM

Datuk Rubin Balang (UMNO)

N.35 MELALAP

Datuk Radin Maleh (PBS)

N.36 KEMABONG

Jamawi Jaafar (UMNO)

P.182 PENSIANGAN

Arthur Joseph Kurup (PBRS)

N.37 SOOK

Datuk Ellron Angin (PBRS)

N.38 NABAWAN

Datuk Bobbey Suan (UPKO)

P.183 BELURAN

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (UMNO)

N.39 SUGUT

Datuk James Ratib (UMNO)

N.40 LABUK

Abd Rahman Kangkawang (PBS)

P.184 LIBARAN

Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (UMNO)

N.41 GUM-GUM

Datuk Juslie Ajirol (UMNO)

N.42 SUNGAI SIBUGA

Tan Sri Musa Aman (UMNO)

P.185 BATU SAPI

Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS)

N.43 SEKONG

Datuk Samsuddin Yahya (UMNO)  

N.44 KARAMUNTING

Lim Kai Ming (LDP)

P.186 SANDAKAN

Datuk Lim Ming Ho (LDP)

N.45 Elopura

Chan Tzun Hei (Gerakan)

N.46 TANJUNG PAPAT

Datuk Raymond Tan Shu Kiah (Gerakan)

P.187 KINABATANGAN

Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO)

N.47 KUAMUT

Datuk Masiung Banah (UPKO)

N.48 SUKAU

Datuk Saddi Abdul Rahman (UMNO)

P.188 SILAM

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (UMNO)

N.49 TUNGKU

Mizma Apehdullah (UMNO)

N.50 LAHAD DATU

Datuk Mohammad Yusof Apdal (UMNO)

N.51 KUNAK

Datuk Nilwan Kabang (UMNO)

P.189 SEMPORNA

Datuk Ramlee Marahaban (UMNO)

N.52 SULABAYAN

Datuk Harman Mohamad (UMNO)

N.53 SENALLANG

Datuk Seri Nasir Tun Sakaran (UMNO)

N.54 BUGAYA

Razak Tun Sakaran (UMNO)

P.190 TAWAU

Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (PBS)

N.55 BALUNG

Datuk Osman Jamal (UMNO)

N.56 APAS

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (UMNO)

N.57 Sri Tanjong

Loo Suh Fui (PBS)

P.191 KALABAKAN

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (UMNO)

N.58 MEROTAI

Lim Ting Kai (LDP)

N.59 TANJUNG BATU

Datuk Hamisa Samat (UMNO)

N.60 SEBATIK

Datuk Abdul Muis Picho (UMNO).-Bernama.

Advertisement