Anda di sini

Manifesto BN Sabah bersifat menyeluruh

Advertisement

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) bersifat menyeluruh kepada negeri Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata manifesto BN Sabah yang dilancarkan adalah janji yang realistik, boleh dipercayai dan juga praktikal kepada Sabah.

"Yang pertamanya, rakyat Sabah mahukan satu komitment yang kuat daripada kerajaan negeri ataupun BN untuk penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Dalam mana yang sama juga golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) seperti yang diumumkan turut mendapat manfaat. "Dan yang ketiga adalah penagihan kuasa yang lebih adil dan saksama di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Pelancaran Manifesto BN Sabah di sini pada Rabu. Dalam pada itu, Abdul Rahman menyifatkan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji

Aman adalah satu yang terbaik sehingga memperlihatkan pencapaian yang besar kepada Sabah. Katanya, Selepas Musa mengambil alih kepimpinan Sabah, rizab negeri meningkat sehingga kira-kira RM4 bilion daripada kira-kira di bawah RM100 juta sebelumnya.

 

Sementara itu, Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkeyakinan BN akan menunaikan manifestonya apabila memenangi Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, satu unit istimewa di bawah Jabatan Ketua Menteri akan ditubuhkan untuk mengendali hal ehwal berkenaan agama bukan Islam. Tambahnya, idea yang diselitkan dalam manifesto itu adalah sesuatu yang baik selaras dengan masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama.

"Sudah tentunya dengan adanya unit itu maka kita dapat mengurus dan juga bekerjasama dewngan pihak-pihak atau organisasi agama bukan Islam ini dengan seberapa baik yang boleh.

"Saya yakin dengan kemenangan BN dalam PRU14 akan datang ini, kita akan tunaikan semua janji2 yang terkandung dalam manifesto Sabah," jelasnya.

MUSA (tiga kiri) menyempurnakan gimik pelancaran manifesto BN Sabah sambil disaksikan oleh Abdul Rahman (kanan).
MUSA (tiga kiri) menyempurnakan gimik pelancaran manifesto BN Sabah sambil disaksikan oleh Abdul Rahman (kanan).
  • oleh
  • Advertisement