Anda di sini

Kerajaan komited naik taraf Tamu Donggongon

Advertisement
 Luvita menyampaikan cenderamata kepada Musa.
Luvita menyampaikan cenderamata kepada Musa.

PENAMPANG: Kerajaan komited merealisasikan usaha menaik taraf Tamu Donggongon seiring pembangunan yang rancak di daerah ini.

Rentetan pengumuman projek menaik taraf bernilai RM8.5 juta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Januari lalu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman menyempurnakan majlis pecah tanah berkenaan, di sini pada Rabu.

Musa (tengah) ketika mengendalikan jentera sebagai gimik pecah tanah tapak tamu berkenaan.
Musa (tengah) ketika mengendalikan jentera sebagai gimik pecah tanah tapak tamu berkenaan.

Tamu yang menjadi simbol serta sumber ekonomi bagi masyarakat Penampang itu kini berusia 25 tahun, uzur dan tidak dapat menampung keperluan 350 peniaga yang memasarkan hasil tanaman, peralatan serta aksesori tradisional.

Dalam ucapannya, Musa turut menyatakan komitmen kerajaan untuk menyediakan penempatan semula untuk penduduk Penampang selain projek tebatan banjir di Kampung Kibabaig dan projek Lebuhraya Pan Borneo.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Luvita Koisun, Ketua Umno Bahagian Senator Datuk John Ambrose dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Joseph Guntavid.-Penerangan.
 

Advertisement