Anda di sini

Christina sah tanding Parlimen Tawau

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Khabar angin yang bertiup akhirnya terjawab apabila Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Christina Liew (gambar) mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Tawau.

Christina mengesahkan pencalonan itu diputuskan pada saat akhir.

“Perkara ini melibatkan perbincangan dalaman. Saya diminta untuk bertanding jadi saya akan bertanding,” katanya kepada media ketika ditemui selepas pengumuman calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api Api itu berkata, beliau juga akan terus mempertahankan kerusi Api Api yang dimenangi dalam PRU13.

Katanya, beliau yakin mampu mengalas kedua-dua tanggungjawab untuk berkhidmat di dua kawasan berkenaan. Ia kerana Tawau hanya berada 40 minit dengan menaiki penerbangan.

 

Ditanya tentang jawatan di peringkat Persekutuan, Christina berkata, beliau tidak merancang untuk memegang sebarang jawatan di peringkat Persekutuan.

Menyentuh tentang pencalonannya di Tawau, beliau berkata, memandangkan beliau berasal dari Tawau, beliau mempunyai ramai keluarga di sana.

Oleh itu, beliau yakin dan percaya, beliau mampu mendapat sokongan daripada masyarakat Tawau terutama dalam kalangan kaum Cina yang terdiri daripada 37 peratus populasi penduduk Tawau.

Christina juga yakin mampu mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan Sri Tanjong, Apas dan Balung yang dilihat memberi sokongan penuh terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Warisan Sabah.

  • oleh
  • Advertisement