Anda di sini

China rampas 1.3 tan kokain dari Amerika Selatan

Advertisement
 Polis berkawal di sebelah kokain yang dirampas di Guangdong, China kelmarin. — Gambar AFP
RAMPASAN TERBESAR: Polis berkawal di sebelah kokain yang dirampas di Guangdong, China kelmarin. — Gambar AFP

BEIJING: Polis China me-rampas 1.3 tan kokain dari Amerika Selatan dalam rampasan dadah terbesar dilakukan di negara ini, menurut pihak berkuasa.

Polis di bandar selatan Shenzhen telah menahan 10 suspek, kebanyakannya dari Hong Kong, selepas satu siasatan yang bermula pada Julai 2017, menurut jabatan keselamatan awam wilayah Guangdong.

Kenyataan itu, dikeluarkan kelmarin, menyatakan ia adalah “jumlah terbesar kokain yang dirampas di negara tersebut”.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata rampasan terbesar itu mempunyai nilai jalanan sebanyak satu bilion yuan.

Dadah itu berasal dari sebuah negara Amerika Selatan yang tidak dikenal pasti dan telah dibawa ke pelabuhan Shanwei di Guangdong.

Kenyataan polis, dikeluarkan kelmarin, tidak menyatakan sama ada dadah itu ditujukan bagi pasaran China atau negara lain, namun penggunaan kokain adalah rendah di China berbanding dengan dadah lain.

Satu laporan kerajaan 2017 mendapati bahawa China mempunyai 2.5 juta penagih dadah, dengan 60 peratus mengambil dadah sintetik, 38 peratus menagih candu dan 1.4 peratus menagih kokain dan ganja.

Kokain berasal dari Andes namun China dipercayai adalah salah satu pengeluar utama dadah sintetik – termasuk dadah seperti  ‘fentanyl’ – yang telah dipersalahkan bagi krisis kesihatan awam di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia di antara beberapa negara lain. — AFP

Advertisement