Anda di sini

Arab Saudi sahkan bunuh pemimpin nombor dua Huthi

Advertisement

RIYADH: Arab Saudi mengesahkan ia adalah perancang di sebalik serangan udara yang membunuh pemimpin nombor dua pemberontak Huthi di Yaman pada minggu lepas, dan kumpulan pemberontak itu telah memberi amaran bahawa mereka akan membalas dendam terhadap kematiannya.

“Wira Tentera Udara Diraja dapat dengan jaya-nya menyasari ketua militia Huthi, Saleh al-Sammad,” kata duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Khaled bin Salman, dalam Twitter lewat kelmarin.

Samad, ketua majlis politik tertinggi puak Huthi, terbunuh Khamis lalu dalam wilayah barat Hodeida, kata pemberontak yang bersekutu dengan Iran itu.

Puak Huthi sedang berperang dengan kerajaan Yaman yang disokong oleh Arab Saudi – dan tentera perikatan yang diterajui Riyadh – untuk menguasai negara yang mundur itu.

Putera Khaled berkata serangan itu diselia oleh kekanda baginda, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, selepas Sammad mengugut untuk melancarkan siri serangan       misil ke atas Arab Saudi.

Putera Mohammed, yang juga menteri pertahanan Arab Saudi, merupakan pemacu utama di sebalik campur tangan Riyadh dalam perang Yaman.

Konflik itu sudah meragut hampir 10,000 nyawa dalam tempoh tiga tahun dan meletakkan Yaman di ambang kebuluran.

Sammad merupakan pemimpin paling kanan Huthi yang terkorban sejak per-ikatan campur tangan pada Mac 2015 dan kematiannya adalah tamparan hebat kepada pemberontak Syiah.

Pembunuhan itu mencetuskan ugutan untuk membalas dendam oleh ketua pemberontak Abdul Malek al-Huthi pada Isnin lepas, yang memberi amaran “jenayah” itu tidak akan “dibiarkan tanpa balasan”.

Puak Huthi pada tahun ini kerap melancarkan misil balistik ke Arab Saudi, yang berkongsi sempadan darat dengan utara Yaman. Seorang individu sudah maut dalam serangan sedemikian.

Pelabuhan di Yaman, yang bergantung kepada import makanan untuk kelangsungan populasinya, masih disekat oleh perikatan Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap serangan misil.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan perang Yaman sebagai krisis kemanusiaan terbesar di dunia. — AFP

Advertisement