Anda di sini

24 muka baharu calon BN Sabah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tampil 24 muka baharu sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Negeri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman mengumumkan senarai berkenaan bersama keseluruhan calon BN di sini hari ini.

Calon muka baharu BN melibatkan enam kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

MUSA (tengah) bersama barisan calon BN selepas pengumuman senarai calon BN PRU14.
MUSA (tengah) bersama barisan calon BN selepas pengumuman senarai calon BN PRU14.

Selain itu, BN turut menampilkan empat calon yang membuat kemunculan semula bagi kerusi DUN.

BN menyenaraikan 46 calon mewakili Umno, 18 calon dari Parti Bersatu Sabah (PBS), 10 calon Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), dan lima calon Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sementara itu, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Gerakan dan MCA masing-masing diwakili dua calon.

  • oleh
  • Advertisement