Anda di sini

22 pegawai, kakiangan JPM Sarawak terima APC

Advertisement
 Uzir menyampaikan APC kepada salah seorang penerima (kanan) sambil diperhatikan Rozana Sibu, kelmarin.
TAHNIAH: Uzir menyampaikan APC kepada salah seorang penerima (kanan) sambil diperhatikan Rozana Sibu, kelmarin.

SERAMAI 22 pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 pada satu majlis di salah sebuah hotel terkemuka dekat Miri, kelmarin.

Berucap pada majlis itu, Timbalan Pengarah JPM Sarawak Dayang Rozana Abang Hassan berkata, majlis itu diadakan khas untuk meraikan warga JPM Sarawak yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017.

“Ia bagi menggalakkan penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha untuk mempertingkat mutu kerja dan produktiviti mereka.

“Justeru, di sini saya merakam ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah,” katanya.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Ketua Perangkaan Malaysia Dato Sri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Para penerima terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPM Sarawak dari Sibu, Sri Aman, Bintulu, Kapit, Miri, Limbang dan Sarikei.

Turut diraikan lima kakitangan JPM Sarawak yang akan dan telah bersara pada tahun ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Saifuzzaman Abdul Manan dan Pegawai Khas Ketua Perangkaan Pejabat Ketua Perangkaan Azmi Ali.

Advertisement