Anda di sini

Zambry pecah tradisi bertanding Parlimen, DUN

Advertisement

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memecah tradisi buat negeri Perak apabila beliau satu-satunya Menteri Besar di Perak bertanding bagi dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum.

Anak kelahiran Pulau Pang-kor berusia 56 tahun itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Lumut selain mempertahan-kan kerusi DUN Pangkor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagi Parlimen Lumut, Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bakal berdepan sekurang-kurangnya saingan tiga penjuru iaitu dengan calon PAS Mohd Zamri Ibrahim manakala calon Pakatan Harapan Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Pada PRU13, Parlimen Lumut ditandingi bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Kong Cho Ha, namun beliau tewas kepada penyandangnya Mohamad Imran Abd Hamid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 8,168.

Bagi DUN Pangkor, Zambry juga bakal berdepan sekurang-kurang tiga penjuru iaitu dengan calon PAS Zai-nal Abidin Saad dan Leman Kanaulla dari calon Bebas.

Zambry mempertahankan kerusi DUN Pangkor selama tiga penggal dan pada PRU13 menteri besar itu menewaskan calon PKR Mohd Saifullah Mohd Zulkifli serta calon Bebas J. Bernard Parenpa dengan memperoleh majoriti 5,124.

Zambry yang merupakan Menteri Besar Perak ke-11, telah membawa pelbagai kemajuan di negeri ini termasuk dari segi pelaburan dan pembangunan.

Semasa mengumumkan senarai calon di kediaman rasminya semalam, Zambry berkata BN Perak akan bertanding bagi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN.

BN Perak menampilkan 32 calon muka baharu bagi 59 kerusi DUN dan tujuh calon baharu untuk 24 kerusi Parlimen pada PRU14. — Bernama

Advertisement