Anda di sini

UMS komited kerjasama dalam Shape Sea

Advertisement
KAMARUDIN (dua kanan) menyerahkan cendera kenangan kepada Edmund.
KAMARUDIN (dua kanan) menyerahkan cendera kenangan kepada Edmund.

KOTA KINABALU: Penglibatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam rangkaian 'Strengthening Human Right and Peace Research and Education in ASEAN/Southeast Asia' (Shape Sea) akan menyediakan platform kepada institusi itu menyumbang kepada sasaran keseluruhan wilayah berkenaan.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, UMS turut berharap pendidikan berkaitan keamanan dan hak asasi kemanusiaan akan dijadikan ciri-ciri utama dalam institusi pengajian tinggi pada masa hadapan.

"Kita juga ingin melahir dan menyediakan graduan yang boleh berhadapan pelbagai cabaran yang tidak menentu di masa hadapan.

"Oleh itu, seminar yang diadakan hari ini memainkan peranan penting bagi menyediakan gambaran mengenai cabaran masa depan pada graduan," katanya ketika menyempurnakan Seminar Shape Sea dan UMS National 'Addressing Inequalities For Peace and Justice', di sini pada Selasa.

Beliau berkata, tahun ini UMS menerusi Program Hubungan Antarabangsa akan mengadakan kerjasama dengan The International Committee of The Red Crescent (ICRC).

Katanya, kerjasama seumpamanya akan membolehkan lebih banyak aktiviti diadakan bersama dari segi  pengajaran berkaitan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan sebagainya.

"Dengan adanya latihan akademik dan industri seumpamanya, saya yakin pelajar UMS akan lebih bersedia dalam pembangunan negara selain menjadi warga dunia yang bertanggungjawab.

"Penganjuran seminar seperti ini adalah platform terbaik bagi berkongsi pengetahuan kepada masyarakat awam," katanya.

Hadir sama ialah Wakil Malaysia ke ASEAN Intergovernmental Commission On Human Right, Edmund Bon Tai Soon.

  • oleh
  • Advertisement