Anda di sini

Tiga pelajar perfileman hilang disahkan mati dibunuh

Advertisement
 Saudara mara dan rakan-rakan menyalakan lilin semasa demonstrasi untuk menolak versi rasmi mengenai kehilangan tiga pelajar perfileman di luar kediaman gabenor negeri Jalisco di Guadalajara kelmarin. — Gambar AFP
DEMONSTRASI: Saudara mara dan rakan-rakan menyalakan lilin semasa demonstrasi untuk menolak versi rasmi mengenai kehilangan tiga pelajar perfileman di luar kediaman gabenor negeri Jalisco di Guadalajara kelmarin. — Gambar AFP

GUADALAJARA: Tiga pe-lajar perfileman Mexico yang hilang sejak lima minggu lepas telah diculik, diseksa, dibunuh dan kemungkinan dilarutkan dalam asid, kata penyiasat kelmarin, dalam satu penamat yang sangat mengerikan bagi kes yang mencetuskan bantahan besar-besaran.

Pelajar tersebut – Salomon Aceves Gastelum, 25, Daniel Diaz, 20, dan Marco Avalos, 20 – hilang pada 19 Mac ketika mereka pulang selepas merakamkan satu projek filem di luar Guadalajara, bandar kedua di Mexico, di mana mereka menuntut di University of Audiovisual Media.

Beberapa saksi berkata mereka telah dihalang oleh sekumpulan enam hingga lapan lelaki yang memaksa mereka masuk ke dalam sebuah kereta lain dan meninggalkan kawasan tersebut.

Kes itu telah menarik bantahan marah daripada rakan pelajar mereka, disokong oleh kumpulan filem Mexico seperti pengarah yang memenangi Oscar Guillermo del Toro dan Alfonso Cuaron.

Setakat ini terdapat lebih 33,000 orang hilang di Me-xico, satu jumlah yang telah melonjak di samping kadar pembunuhan ketika negara berusaha untuk memben-dung keganasan kejam yang dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Kes orang hilang sering tidak dapat diselesaikan, di sebuah negara di mana lebih 90 peratus jenayah kejam tidak pernah dihukum.

Contoh paling ketara adalah kehilangan dan pembunuhan beramai-ramai yang ditakuti pada 2014 melibatkan 43 pelajar yang sedang menuntut untuk menjadi guru di wilayah selatan Guerrero.

Ketua penyiasat Lizette Torres berkata penculik pe-lajar perfileman itu dipercayai daripada kartel dadah Jalisco New Generation, satu sin-diket jenayah paling berkuasa berpusat di wilayah barat di mana mereka menuntut.

“Tiada petunjuk bahawa pelajar tersebut mempu-nyai kaitan secara langsung dengan mana-mana kartel,” katanya.

Penyiasat mempercayai salah seorang pelajar mempunyai seorang saudara yang terlibat dalam kartel musuh dan mereka mungkin dibunuh dalam tindakan membalas dendam, jelas beliau.

Pengesahan mengenai kematian mereka muncul selepas penyiasat merampas tiga tong yang berisi asid dari sebuah rumah di bandar Tonala, di mana pelajar ter-sebut membuat rakaman.

Ujian DNA akan dilakukan bagi menentukan sama ada mayat pelajar berkenaan telah dilarutkan di dalam asid, kata Torres. — AFP

Advertisement