Anda di sini

Sengaja lupus barang curi, lelaki didenda

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan dengan sengaja melupuskan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md. Hilmie setelah Mohd Nur Taufiq Abdul Hamid mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksuen 414 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut keterangan kes, tertuduh, 28, dari Permyjaya di sini didapati dengan sengaja telah memindahkan atau melupuskan harta curi iaitu sepasang kasut keselamatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 malam, 16 April lalu di sebuah lot di Desa Indah 3B Permyjaya di sini.

Advertisement