Anda di sini

RS1 sandaran Andrew tawan Parlimen Sibu

Advertisement
 Andrew bersalaman dengan penduduk Rumah Dawi di Pasai pada Program Bersama Komuniti RS1.
TURUN PADANG: Andrew bersalaman dengan penduduk Rumah Dawi di Pasai pada Program Bersama Komuniti RS1.

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong berterima kasih kepada pucuk pimpinan BN kerana memberi kepercayaan kepadanya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Bagi membalas kepercayaan itu, beliau akan berusaha memenangi kerusi Parlimen Sibu untuk BN dengan bersandarkan kepada Rancangan Sibu 1 (RS1) memenangi hati pengundi.

Katanya, RS1 amat penting kerana beliau percaya penduduk bandar dan luar bandar Sibu amat dahagakan lebih banyak pembangunan.

“Kita menggunakan RS1 sebagai strategi kerana memberi kesan terus kepada rakyat,” katanya di sini semalam.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Sibu dimenangi Oscar Ling daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) menewaskan calon BN Temenggung Datuk Vincent Lau.

Menyentuh mengenai peluang memenangi kerusi Parlimen Sibu, beliau berkata peluang itu adalah 50-50.

“Saya agak yakin kita mempunyai peluang 50 peratus bagi menawan kerusi Sibu daripada pembangkang,” jelasnya.

Mengenai jentera pilihan raya, Andrew berkata jentera pilihan raya telah diwujudkan dan bergerak sejak sekian lama.

“Bilik operasi di pejabat UPP Bawang Assan juga diaktifkan,” katanya sambil menyatakan telah giat berge-rak di kawasan luar bandar sejak minggu lalu.

  • oleh
  • Advertisement