Anda di sini

Penumpang maut, pemandu parah dalam kemalangan

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang penumpang maut manakala pemandu cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diparkir di tepi jalan, Ladang Berkat Setia, Beluran pada malam Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.38 malam.

"Dua buah jentera bomba diketuai PBK II Rosmedian Haji Majid bersama tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 45 kilometer," katanya.

Beliau bekata kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar bahagian belakang sebuah lori diparkir di tepi jalan.

"Terdapat dua orang mangsa terlibat dimana seorang mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan terus dihantar menggunakan ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.

 Anggota bomba mengeluarkan mangsa (penumpang) yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa (penumpang) yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan.


 

  • oleh
  • Advertisement