Anda di sini

Penerbangan KK-Jakarta dilancar semula

Advertisement
Krishna memotong riben bagi melancarkan semula laluan penerbangan Kota Kinabalu-Jakarta sambil diperhatikan oleh Pengurus Wilayah Sabah Sarawak Wilfred Wong dan kenamaan lain.
Krishna memotong riben bagi melancarkan semula laluan penerbangan Kota Kinabalu-Jakarta sambil diperhatikan oleh Pengurus Wilayah Sabah Sarawak Wilfred Wong dan kenamaan lain.

KOTA KINABALU: Jalur penerbangan antarabangsa Kota Kinabalu-Jakarta yang beroperasi setiap Rabu dan Ahad oleh syarikat penerbangan Batik Air dilancarkan semula oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Krishna Djelani.

Penerbangan antarabangsa Batik Air dari Kota Kinabalu ke Jakarta beroperasi sejak akhir Disember 2017.

Krishna berkata demikian ketika merasmikan program pelancaran semula penerbangan Malindo / Batik Air di Kota Kinabalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Rabu.

Laluan penerbangan itu beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 5 pagi. Sementara dari Jakarta pada jam 2 pagi.

Beliau berkata, pembukaan jalur penerbangan itu adalah berita menggembirakan bagi orang ramai khususnya masyarakat Sabah yang ingin berkunjung ke Indonesia.

Selain laluan penerbangan Kota Kinabalu-Jakarta, satu lagi laluan penerbangan akan dibuka tahun ini iaitu Kota Kinabalu-Balik Papan.

Krishna berkata hubungan kerjasama dengan Manado di Sulawesi Utara juga sedang dikembangkan oleh Duta Besar RI di Kuala Lumpur.

“Saya juga mendengar dalam Forum Investasi Indonesia di Kuala Lumpur minggu lalu, Bapak Rusdi Kirana sekaligus Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia, ingin mengembangkan potensi hubungan kerjasama antara Kota Kinabalu dengan Manado (di Sulawesi Utara). Ini adalah khabar yang menggembirakan sekali bagi kita semua,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement