Anda di sini

Pemuda nyaris maut kenderaannya terbabas

Advertisement
 Mangsa terbaring di sebelah kenderaannya sementara menunggu dikejarkan ke Hospital Miri petang kelmarin.
KEMALANGAN: Mangsa terbaring di sebelah kenderaannya sementara menunggu dikejarkan ke Hospital Miri petang kelmarin.

MIRI: Seorang pemuda nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan kendiri di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Sungai Entulang di sini petang kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian sekitar jam 5 petang, mangsa, 28, dari Bekenu dalam perjalanan menuju ke Miri.

Setiba di tempat kejadian dan ketika melalui sebuah selekoh berhampiran Sungai Entulang, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Mangsa cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

Advertisement