Anda di sini

Mayat mangsa hilang ditemukan

Advertisement
 

PAPAR: Pasukan SAR berjaya menemukan mayat mangsa yang dilaporkan hilang semasa  mandi di muara Sungai Bundusan Pengalat Besar di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata mayat mangsa ditemukan petang Selasa di sekitar lokasi kejadian.

“Mayat Ng Hoi Lang, 20 berjaya ditemukan pasukan SAR sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat serta proses pengecaman ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya operasi SAR dan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup secara rasminya jam 8.21 malam Selasa.

  • oleh
  • Advertisement