Anda di sini

Itali beri kerakyatan kepada budak Britain sakit tenat

Advertisement
 Orang ramai berhimpun untuk membantah selepas pengumuman bahawa Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah enggan campur tangan dalam kes Alfie Evans di luar                       Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool kelmarin. — Gambar AFP
SELAMATKAN ALFIE!: Orang ramai berhimpun untuk membantah selepas pengumuman bahawa Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah enggan campur tangan dalam kes Alfie Evans di luar Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool kelmarin. — Gambar AFP

ROM: Itali kelmarin memberi kerakyatan kepada Alfie Evans, budak Britain yang sakit tenat, dalam satu usaha untuk membantu pemindahannya ke sebuah hospital di Rom selepas Mahkamah Agung United Kingdom mengekalkan keputusan untuk mencabut alat sokongan nyawanya.

Budak berusia 23 bulan itu, telah berada dalam koma selama lebih setahun dan memerlukan alat pengalih udara bagi membantunya bernafas disebabkan oleh keadaan kemerosotan neurologi yang jarang berlaku.

Ibu bapanya mahu membawa anak lelaki mereka itu menerima rawatan di hospital pediatrik Bambino Gesu di Rom, yang telah ditadbir oleh Vatican.  

“Menteri Luar Negara Angelino Alfano dan Menteri Dalam Negeri Marco Minniti telah memberi kerakyatan kepada si kecil Alfie. Kerajaan Itali berharap bahawa dengan menjadi rakyat Itali akan membolehkan pemindahan segera budak tersebut ke Itali,” menurut satu kenya-taan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negara.

Kes itu telah mendapat sokongan daripada Pope Francis yang dalam dua acara telah meminta agar nyawa budak tersebut dilanjutkan.

Namun pada bulan lepas ibu bapa Alfie telah kalah dalam usaha perundangan terakhir di UK untuk memastikan anak lelaki mereka terus hidup.

Tom Evans dan Kate James telah membuat satu permohonan kepada Mahkamah Agung agar kes itu diperiksa semula selepas gagal dalam semua rayuan perundangan lain untuk Alfie.

Ibu bapa Evans mahu Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) untuk memeriksa isu-isu yang berkaitan dengan kes berkenaan, namun hakim ECHR telah menolak permintaan mereka.

Budak itu dimasukkan di hospital secara berterusan sejak Disember 2016, meng-alami kesan akibat sawan yang kronik. — AFP

Advertisement