Anda di sini

Anugerah apresiasi tahunan Guardian kembali lagi, tawar hadiah bernilai RM40,000

Advertisement

KUALA LUMPUR: Berita baik untuk pelanggan Guardian Malaysia kerana kini mereka berpeluang untuk mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dan memenangi pelbagai hadiah menarik dalam anjuran Most Voted Brands (MVB) Award.

Anugerah apresiasi tahunan yang telah dilancarkan 18 tahun lalu, telah bermula 18 April lalu dan berakhir pada 14 Mei 2018.

Pengurus Kanan, Pemasaran Digital (e-dagang) Guardian Malaysia, Shirley Ham berkata, penganjuran anugerah MVB, dilakukan dengan format undian digital.

“Tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah yang menjadi rebutan itu.

“Menerusi MVB, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama ditawarkan berupa baucar percutian dan baucar Guardian berjumlah RM40,000.

“Kami melihat anugerah tahunan ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara pemilik jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar membeli dan menggunakan produk mereka,” katanya

Syarat untuk layak mengundi, pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 di mana-mana stor Guardian atau stor dalam talian.

Seterusnya layari https://mvb.guardian.com.my. Pengundian boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh 19 April sehingga 14 Mei 2018.  

Peraduan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod stor, tarikh dan amaun pembelian.

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat lengkap mengenai anugerah dan pengundian, sila layari https://mvb.guardian.com.my/#/term.

Advertisement