Anda di sini

Yusuf ikrar teruskan pembangunan BN di Tanjong Manis jika menang PRU14

Advertisement
Yusuf Abd Wahab
Yusuf Abd Wahab

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abd Wahab beriltizam akan meneruskan pembangunan yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan dan mantan Ahli Parlimen Datuk Norah Abdul Rahman.

Yusuf, 54, anak kelahiran Kampung Paloh, Tanjung Manis amat berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Saya akan meneruskan kerja-kerja dan perjuangan mantan Ahli Parlimen Datuk Norah dan saya akan berjumpa dengan beliau untuk meminta tunjuk ajar dan panduan bagi meneruskan pembangunan kawasan parlimen tersebut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop dan Kuala Rajang, Abdullah Saidol dan Datu Len Talif Salleh yang terletak dalam kawasan parlimen itu sekiranya dipilih kelak.

Yusuf, seorang jurutera awam, menggariskan tiga perkara tumpuan beliau jika menang kelak.

"Kalau saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, sebagai anak watan, saya akan terus membangunkan pembangunan.

"Paling dekat di hati saya ialah pembangunan infrastruktur, perkara berkaitan pendidikan dan sosioekonomi warga tempatan," katanya.

BIODATA RINGKAS CALON

Nama: Yusuf Abd Wahab

Umur: 54

Tarikh lahir: 10 Disember 1963.

Bangsa: Melanau

Status: Berkahwin dan empat orang anak.

Pekerjaan: Pengarah di Jurutera Perunding Wahba.

Asal: Kampung Paloh, Tanjung Manis, Mukah.

Pembabitan politik: Ahli biasa PBB Cawangan N42 Semop.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, University of Nebraska-Omaha, Nebraska, USA.

  • oleh
  • Advertisement