Anda di sini

Pasukan Swan City muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Advertisement
 Pasukan Swan City menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau.
JUARA: Pasukan Swan City menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau.

SIBU: Pasukan Swan City muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Parlimen Selangau selepas menundukkan pasukan Langkau City dengan 3-0 pada perlawanan akhir kelmarin.

Tempat ketiga dimenangi bersama pasukan Kampung Love dan Kiki Vesco.

Kejuaraan itu membolehkan Swan City membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 manakala Langkau City menerima hadiah wang tunai RM950.

Pasukan Kampung Love dan Kiki Vesco pula membawa pulang hadiah wang tunai RM450.

Selain penganjuran pertandingan bola sepak turut diadakan aktiviti sukaneka dibuka penyertaan kepada masyarakat setempat.

Program tersebut dianjurkan oleh Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Tamin merupakan acara tahunan mereka.

Aktiviti itu diadakan adalah bagi membolehkan golongan belia di kawasan parlimen tersebut mengetengahkan bakat-bakat mereka.

Selain itu, program tersebut dianjurkan bagi mengeratkan  silaturahim kalangan penduduk setempat.

Advertisement