Anda di sini

Mencabar kedudukan teratas

Advertisement
 Skuad Belia Sarawak berpuas hati sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan SSTMI B17 di Stadium Sarawak, petang Ahad lalu.
SEKADAR SERI: Skuad Belia Sarawak berpuas hati sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan SSTMI B17 di Stadium Sarawak, petang Ahad lalu.

KUCHING: Terikat 1-1 dengan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B17 ternyata belum memadai bagi skuad Belia Sarawak mencabar kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Belia 2018.

Ketua jurulatihnya, David Usop bagaimanapun yakin skuad muda Sarawak itu mampu bangkit untuk melonjak kedudukan dalam saingan liga kumpulan.

Mengulas mengenai perlawanan berkesudahan dengan keputusan 1-1 di Stadium Sarawak kelmarin, David berkata kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk menang.

“Namun, kita tidak menggunakan peluang bermain di tempat sendiri dengan sebaik-baiknya. Pasukan kita mampu menang, apapun keputusan pada perlawanan Ahad lalu memadai mengutip satu mata daripada tangan kosong,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau mengakui pasukan pelawat merupakan lawan sukar berdasarkan corak dan teknik permainan mereka.

David berharap skuad Sarawak C itu bangkit sekali gus mengelak daripada tercicir mata pada perlawanan seterusnya.

Sarawak kini menghuni tangga ketujuh dengan 12 mata hasil daripada tiga kemenangan dan tiga kali seri selepas mengharungi 10 perlawanan.

Menurut David, Sarawak dijadualkan menentang pasukan UiTM di Stadium Sarawak pada Rabu ini.

  • oleh
  • Advertisement