Anda di sini

Klinik Juara Futsal Milo peluang terbaik asah bakat peserta

Advertisement
 Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menamatkan Klinik Juara Futsal Milo berakhir kelmarin.
SELESAI: Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menamatkan Klinik Juara Futsal Milo berakhir kelmarin.

MIRI: Seramai 35 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun melengkapkan Klinik Juara Futsal Milo 2018 yang berlangsung di King Sport Centre Senadin di sini.

Salah seorang peserta, Muhammad Iskhandar Dzulkarnain, 12, berkata ia adalah peluang terbaik untuk mengasah bakatnya dalam sukan futsal.

Adiknya iaitu Muhammad Izzat (10 tahun) dan Muhammad Ikram (7 tahun) turut menyertai klinik itu kerana beranggapan ia peluang menggilapkan bakat.

“Bukan hanya untuk menggilap bakat, klinik ini juga dapat menjalinkan hubungan akrab kalangan peserta dan kami juga dapat kawan baharu,” katanya.

Sebanyak lapan sesi diadakan iaitu 31 Mac dan 1 April (dua sesi), 7 dan 8 April (dua sesi), 14 dan 15 April (dua sesi) serta 21 dan 22 April (dua sesi).

Antara jurulatih terlibat ialah Elizabeth Oyau, Paulia Weng, Mohd Nazrul Hassan, Alwi Bakar dan Fadillah Ibrahim.

Elizabeth berkata, objektif Milo menganjurkan program sukan pada usia muda ini mencapai matlamatnya dengan mencari dan mengasah bakat-bakat muda.

“Menerusi sokongan berterusan Milo tidak mustahil kita boleh mengasah atau melahirkan lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya di kalangan kanak-kanak,” katanya.

Program itu adalah kesinambungan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakkan.

“Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun ini diberi pendedahan teknik betul bermain futsal seperti kawalan bola, hantaran, strategi dan sebagainya,” jelasnya.

Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh Presiden Kelab Bola Sepak Permy Galaxy, Sepree Brahim dan Bendaharinya, Gibson David.

  • oleh
  • Advertisement