Anda di sini

Jabatan Penjara sambut Hari Penjara yang ke-228 serentak

Advertisement
 Zulkiflee serta pegawai-pegawai bergambar bersama para penerima anugerah dari Penjara Puncak Borneo.
UNTUK ALBUM: Zulkiflee serta pegawai-pegawai bergambar bersama para penerima anugerah dari Penjara Puncak Borneo.
 Abdillah menerima anugerah disampaikan Zulkiflee.
TERIMA KASIH: Abdillah menerima anugerah disampaikan Zulkiflee.

JABATAN Penjara seluruh negara telah mengadakan Hari Penjara yang ke-228 serentak di 52 institusi penjara baru-baru ini.

Ibu Pejabat Penjara negeri Sarawak turut menyambut hari tersebut yang diadakan di Auditorium Sri Sarawak Pejabat Pengarah penjara berkenaan di Kuching.

Majlis sambutan turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan watikah pelantikan Lembaga Pelawat Negeri Sarawak.

Berucap pada majlis sambutan hari berkenaan, Komisioner Jeneral Penjara Dato Sri Zulkifli Omar berkata, pelbagai usaha telah diadakan untuk membantu memulihkan pesalah selain mengikis sikap negatif masyarakat terhadap mereka.

Katanya, masyarakat perlu berpandangan positif terhadap pesalah kerana mereka juga berhak untuk duduk dan tinggal dalam masyarakat.

Antara program yang diadakan ialah Parol iaitu program ‘Smart Intership for Parolee’ atau lebih dikenali sebagai CSI Parol.

CSI Parol diperkenal dan dikelola Jabatan Penjara Malaysia pada tahun lalu dengan kerjasama beberapa syarikat GLC dan swasta antaranya FELCRA Berhad Wilayah Timur, Lypometal Sdn Bhd dan FELDA Poultry & Meat Sdn Bhd.

Beliau berharap lebih banyak syarikat akan menyertai program tersebut yang turut membantu mengurangkan kadar jenayah.

CSI Parol yang disertai sekitar 800 orang diparol yang berada di luar penjara turut menjimatkan kos pengurusan sebanyak RM10.2 juta setahun.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh kakitangan dan penghuni dari penjara berkenaan dengan iringan band Beri Hijau.

Turut hadir ialah TKjp Penjara Dato Alzafry Mohamad Alnassif Mohamed Adahan (Keselamatan dan Koreksional), Komisioner Penjara Pengarah Pengurusan Banduan IPPM Dato Nordin Muhamad, Komisioner Penjara Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional dan Industri) Dato Mohd Sakeri Dollah serta Pengarah Penjara Ibu Pejabat Penjara Sarawak, Ajidin Salleh.

  • oleh
  • Advertisement