Anda di sini

Bruce Chai minta maaf kepada penyokong kerana tidak terpilih sebagai calon

Advertisement
 

MIRI: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) cawangan Pujut, Bruce Chai (gambar) meminta maaf kepada penyokong kerana tidak terpilih sebagai calon mewakili parti Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Miri. 

Chai mengucapkan tahniah kepada Datuk Sebastian Ting dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana dipilih untuk mewakili BN, dan mengharapkan yang terbaik untuk beliau dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei ini. 

Ting juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Setiausaha Kehormat SUPP Sarawak dan Pengerusi SUPP Piasau. 

"Saya meminta maaf kepada sahabat, ahli jawatankuasa cawangan Pujut, khasnya ahli MAT (Pasukan Tindakan Bergerak) yang bekerja tidak mengenal erti lelah selama ini menjadikan UPP Pujut sebagai pusat khidmat rakyat yang berjaya," jelas Bruce kepada pemberita hari ini.

Chai juga memohon maaf kepada penduduk, rakan-rakan termasuk di Facebook, WhatsApp, serta ahli keluarga yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan semangat kepada beliau selama ini. 

Harapan dan sokongan tinggi telah diletakkan kepada beliau dan UPP Pujut untuk melahirkan calon berpotensi untuk PRU kali ini. 

"Malangnya, kita gagal untuk membida agar ahli UPP Miri dicalonkan sebagai calon Miri untuk PRU14. Saya bertanggungjawab atas kegagalan ini," jelas beliau. 

Ini merupakan kegagalan kedua beliau selepas tidak dipilih sebagai calon BN di kerusi Pujut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. 
 

  • oleh
  • Advertisement