Anda di sini

Australia, Indonesia, Hong Kong dan Jepun layak ke Junior Fed Cup BNP Paribas

Advertisement
 Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew bersama pasukan layak ke perlawanan akhir Junior Fed Cup BNP Paribas 2018.
LAYAK: Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew bersama pasukan layak ke perlawanan akhir Junior Fed Cup BNP Paribas 2018.

KUCHING: Australia, Indonesia, Hong Kong dan Japan mengesahkan kelayakan mewakili Zon Asia Oceania bertanding pada saingan Junior Fed Cup BNP Paribas 2018 berlangsung di Budapest pada September ini.

Pilihan utama Australia menepati ramalan apabila menundukan Indonesia dengan 2-0 yang mencipta kejutan untuk layak ke perlawanan akhir pusingan kelayakan.

Manakala Hong Kong melakarkan sejarah tersendiri apabila layak ke perlawanan akhir untuk pertama kali.

Pada aksi pusingan kelayakan itu, Hong Kong menewaskan Jepun dengan 2-1.

Sementara itu, pilihan utama China terpaksa menamatkan saingan dengan kekecewaan apabila sekadar menduduki tempat keenam selepas tewas 2-0 kepada Thailand.

Cabaran Taipei berakhir di tempat ketujuh setelah akur kepada Korea Selatan dengan 2-1.

Pasukan tuan rumah, Malaysia menamatkan kempen saingan di tempat ke-12 selepas tewas kepada India dalam pusingan ‘playoff’.

Pemain India, Bhakti Bharat Parwani menewaskan Hannah Yip dengan 6-3, 6-2, Sharifah Elysia Wan Abdul Rahman terpaksa menamatkan perlawanan lebih awal selepas mendahului Tanisha Kashyap dengan 4-5 ekoran kecederaan bahagian belakangnya.

Advertisement