Anda di sini

Gandingan Ana,Thomas juara Greensome

Advertisement
ANTHONY (dari kiri), Ana, Thomas, Patricia, John, Sheryn, Hiew dan Eliza selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Greensome Campuran 2018 di SHGCC pada Sabtu.
ANTHONY (dari kiri), Ana, Thomas, Patricia, John, Sheryn, Hiew dan Eliza selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Greensome Campuran 2018 di SHGCC pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Gandingan mantap Ana Maria/Thomas Chang menjuarai Kejohanan Golf Greensome Campuran 2018 yang berlangsung di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) pada Sabtu.

Bagaimanapun aksi nett lapan bawah par 64 pukulan memaksa mereka melalui `Kiraan Semula' (OCB) sebelum muncul juara mengatasi naib johan gandingan Patricia Lim/John Lim yang turut mencatat keputusan yang sama.

Tempat ketiga disandang oleh gandingan Sheryn Yong/Hiew Seng Fong yang mencatat nett tujuh bawah par 65 pukulan sambil tempat kempat disandang oleh pasangan Moon Myung Soon/Moon Soo Il yang mencatat nett enam bawah par 66 pukulan.

Tempat kelima disandang oleh pasangan Jeannie Quek/Woo Soo Poo dengan nett empat bawah par 68 pukulan diikuti gandingan Eliza Leong/Desmond Qwek yang mencatat nett dua bawah par 70 pukulan menduduki tempat keenam dan pasangan Datin Lucy Yen/Yap Took Seng yang mencatat nett satu bawah par 71 pukulan menduduki tempat ketujuh.

Tiga pasangan seterusnya yang mencatat keputusan yang sama dengan nett par golf, berjaya menempatkan diri dalam kelompok sepuluh terbaik, di mana selepas OCB, pemenang tempat kelapan dan seterusnya masing-masing disandang oleh Dora Mojiniu/Johnny Kimsing, Julia Sergius/Dr. Sergius dan Eveline Lim/Kanesan Narayanan.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan anjuran Jawatankuasa Perhubungan SHGCC itu telah disempurnakan bersama oleh penaja utama Eliza Leong bersama Anthony Chiu, dengan disaksikan oleh pengurus operasi golf SHGCC Paul Wong.

  • oleh
  • Advertisement