Anda di sini

Charlie Puth masukkan muzik jazz ke dalam album baharu

Advertisement
 Charlie Puth semasa membuat persembahan di West Hollywood, California pada 17 April lepas. — Gambar AFP
ALBUM BAHARU: Charlie Puth semasa membuat persembahan di West Hollywood, California pada 17 April lepas. — Gambar AFP

SUARA ‘falsetto’ Charlie Puth yang lembut bak sutera menjadikannya seorang bintang global dengan balada pop ‘See You Again’, tetapi asal-usulnya, dia dengan cepat menegaskan, adalah dalam jazz.

Puth menghabiskan masa setahun setengah menulis dan meminda album keduanya ‘Voicenotes’, yang keluar pada 11 Mei selepas ditangguhkan, dan walaupun menerima amaran bahawa ia tidak berdaya maju dari segi komersil, dia mendapati diri berulang kali beralih kepada jazz.

Tetapi ini bukan bermakna peminatnya akan menyangka dia sudah mempunyai hala tuju baharu yang drastik.

Sebaliknya Puth mendengar jazz dalam kemajuan kod mesra ‘keyboard’ yang tersembunyi di bawah tekstur pop.

‘Voicenotes’ – dengan lagu single pertama ‘Attention’ yang dipacu oleh baris gitar yang dipetik dengan lemah lembut dan ‘funky bass’ – mengembalikan ingatan kepada penerbitan retro penulis lagu seperti Babyface dan Jimmy Jam dan Terry Lewis, yang Puth lihat sebagai pewaris kepada tradisi jazz.

“Seluruh album itu adalah jazz yang menyamar sebagai muzik pop,” kata Puth di satu sidang akhbar di Los Angeles.

“Saya sudah menentukan getaran di mana muzik saya, ia mungkin cenderung ke arah kedewasaan tetapi saya masih ada orang berusia 12 tahun, remaja, pra-remaja – semua mereka menyanyikan muzik itu.

“Dan ia menjadikan saya lelaki paling gembira sekali kerana saya secara sulit mendidik mereka, sama ada mereka menyukainya ataupun tidak,” katanya sambil ketawa.

- Nada sempurna -

Puth belajar bermain piano klasik ketika kanak-kanak dan bermain jazz pada usia 10 tahun sebelum dia menyambung pengajian di Sekolah Muzik Manhattan.

Penyanyi berusia 26 tahun itu, walaupun mengakui dia tidak pandai membuat transkrip muzik di sekolah, mempunyai bakat semula jadi mengenali nada.

Sepanjang satu sidang akhbar, dia mengenal pasti nada koktel yang sedang dibuat oleh seorang penjaga bar di hotel dan segera meniru atas keyboard bunyi beep telefon.

‘See You Again’, yang muncul dalam filem aksi ‘Furious 7’ sebagai penghormatan kepada mendiang pelakon Paul Walker dan memaparkan penyanyi rap Wiz Khalifa, menjadi hit yang tular pada 2015 dan masih video kedua paling ditonton dalam sejarah di YouTube.

Namun Puth, dengan album pertamanya ‘Nine Track Mind’ yang turut menghasilkan lagu-lagu hit ‘We Don’t Talk Anymore’ dan ‘Marvin Gaye’, berkata ‘Voicenotes’ rasa lebih seperti album sulungnya kerana ia lebih konsisten dari segi sonik.

Tajuk album datang daripada fungsi not vokal pada iPhonenya, yang menurut Puth dia gunakan dengan konsisten apabila dia menyanyikan irama yang datang ke kepalanya.

Dia menulis album itu di rumah ibu bapanya di New Jersey, dan berkata ia adalah penting untuk berhubung dengan keluarga selepas begitu lama menjelajah.

“Ia benar-benar menakjubkan, bagaimana semakin anda menjadi terkenal, semakin anda menjadi sunyi,” katanya.

Puth bekerja sama dalam album itu dengan Boyz II Men, dengan bunyi mereka yang senada dengan ‘Voicenotes’, selain legenda ‘folk-rock’ James Taylor, yang Puth anggap sebagai inspirasi sejak sekian lama.

Puth berkata dia pasti gembira untuk melakukan jazz sepenuhnya dan bermain bersama legenda jazz seperti Chick Corea dan Herbie Hancock – kalau mereka menghubunginya.

“Ia pasti menakjubkan,” katanya.

Peralihan retro Puth kepada R&B zaman 1980an dan 1990an dibuat di tengah-tengah kejayaan Bruno Mars, yang meminjam sesuka hati daripada genre itu dalam album terakhirnya yang memenangi anugerah Grammy.

Puth percaya bunyi yang dipopularkan oleh artis seperti Janet Jackson dan Bobby Brown masih rasa segar.

“Saya tidak mencipta stail muzik ini. Apa yang saya buat ialah versi 2018, 2019 baginya,” katanya.

— AFP

Advertisement