Anda di sini

Musa gesa rakyat kekalkan perpaduan

Advertisement
 Zakaria ketika menyampaikan amanat Ketua Menteri.
SOKONGAN PADU: Zakaria ketika menyampaikan amanat Ketua Menteri.

SANDAKAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menggesa rakyat agar terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Edris Musa berkata, rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap siapa juga calon yang akan dipilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Musa yang juga Ketua Bahagian Badan Perhubungan UMNO mahu rakyat memberi sokongan berterusan kepada kepimpinan Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan pembangunan serta kemajuan di negeri ini.

Pada majlis itu, Zakaria yang mewakili beliau turut menyampaikan Kios Penjaja kepada 10 usahawan serta sumbangan kepada 30 golongan asnaf terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan kurang berkemampuan.

Advertisement