Anda di sini

IKBN Kinarut laksana kerja amal di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah

Advertisement
TAKLIMAT oleh Januin Johny (tiga kiri) kepada pelatih IKBN Kinarut sebelum kerja-kerja mengecat berlangsung.
TAKLIMAT oleh Januin Johny (tiga kiri) kepada pelatih IKBN Kinarut sebelum kerja-kerja mengecat berlangsung.

TEAM Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut daripada Jurusan Binaan Bangunan telah melaksanakan Program Impak ILKBS @ Komuniti di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah, Papar pada 22 Mac dan 2 April 2018.
   

Seramai 24 orang pelatih dan 3 orang pengajar dalam bidang Binaan Bangunan telah melaksanakan kerja-kerja mengecat dalam ruangan bilik asrama putera dan juga bahagian luar asrama puteri dan putera.
  

ANTARA kerja-kerja mengecat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah, Papar yang dilaksanakan oleh para pelatih IKBN Kinarut.
ANTARA kerja-kerja mengecat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah, Papar yang dilaksanakan oleh para pelatih IKBN Kinarut.

 Program Impak ILKBS @ Komuniti ini berkonsepkan ‘ILKBS Give Back’,  iaitu menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada masyarakat awam dan setempat yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS.
    

Penglibatan pelajar IKBN Kinarut dalam program khidmat masyarakat ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pembentukan ketrampilan pelajar TVET Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di samping kerja-kerja amal yang dilakukan bagi pengisian jumlah masa dalam Komponen Khidmat Masyarakat bagi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

PARA pelatih IKBN merakamkan kenangan bersama sebahagian penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah, Papar.
PARA pelatih IKBN merakamkan kenangan bersama sebahagian penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Assakinah, Papar.
  • oleh
  • Advertisement