Anda di sini

Arifin pastikan setiap sekolah selamat, selesa

Advertisement
ARIFIN menyampaikan bantuan kepada salah seorang ibubapa sempena majlis itu.
ARIFIN menyampaikan bantuan kepada salah seorang ibubapa sempena majlis itu.

MEMBAKUT: Timbalan Ketua Bahagian Umno Kimanis, Datuk Arifin Arif akan memastikan setiap sekolah di kawasan Membakut selamat dan selesa untuk para pelajar menimba ilmu.

Menurutnya, di Membakut terdapat 11 buah Sekolah Kebangsaan (SK) manakala tiga lagi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, terdapat beberapa buah sekolah kebangsaan yang daif telah dibaik pulih tahun lepas, dan untuk tahun ini beberapa buah sekolah lagi akan dibaikpulih.

Jelasnya, beliau akan mengemukan senarai sekolah daif kepada pihak berkaitan bagi memastikan sekolah tersebut mendapat pembaikan atau naik taraf menerusi bajet khas yang diperuntukkan kerajaan persekutan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyampaian KWAMP di SK Kampung Brunei pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Arifin yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut memberitahu, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, kerajaan BN sentiasa membawa pembangunan yang diperlukan rakyat termasuklah menyediakan bantuan khusus untuk golongan sasar bagi membantu meringankan beban mereka.

Beliau memberi contoh bantuan yang disediakan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan awal persekolahan, dan bantuan kebajikan serta lain-lain bantuan lagi.

Justeru katanya, tidak ada kerajaan yang sebaik BN yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman dan latar belakang.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 126 murid menerima bantuan kewangan iaitu 111 daripada jumlah itu adalah penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) manakala bakinya merupakan penerima e-Kasih.

  • oleh
  • Advertisement