Anda di sini

USNS Brunswick tiba di Pelabuhan Tawau

Advertisement

TAWAU: Kapal pengangkut ekpedisi cepat milik tentera laut Amerika Syarikat, USNS Brunswick tiba di Pelabuhan Tawau kira-kira jam 9 pagi pada tadi, dengan membawa Misi Perkongsian Kerjasama Pasifik 2018 (PP18) yang kedua diadakan di negara ini.

Misi pertama PP18 di negara ini baharu sahaja selesai dijalankan pada 16 sehingga 20 April di Pelabuhan Klang menerusi kapal hospital terbesar di dunia yang juga milik tentera laut Amerika Syarikat, iaitu USNS Mercy.

Utusan Borneo difahamkan, USNS Brunswick membawa muatan seramai 140 staf, tentera dan petugas awam termasuk pasukan perubatan dari Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Mereka dijadual berada di sini selama 14 hari serta melakukan kerja-kerja amal seperti kejuruteraan sivil, perubatan dan khidmat sosial dengan penduduk setempat bersama Angkatan Tentera Malaysia, termasuk persembahan pancaragam. Dalam perkembangan berkaitan, Pegawai Memerintah 26 Rejimen

Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Kolonel Hassan Embong turut hadir menyambut ketibaan rombongan kapal terbabit di Pelabuhan Tawau.

KAPAL USNS Brunswick tiba di Pelabuhan Tawau kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu.
KAPAL USNS Brunswick tiba di Pelabuhan Tawau kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu.
  • oleh
  • Advertisement