
SANDAKAN: Sebuah lori tangki minyak sawit dipercayai terbabas, menyebabkan berlaku tumpahan minyak diesel dari tangki lori berkenaan di simpang Beluran, petang Jumaat.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.28 petang.
"Sejurus menerima maklumat berhubung kejadian itu, sebuah jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran dengan kekuatan enam anggota diketuai PBK II Rosmedian Majid bergegas ke lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata pasukan bomba melakukan pembersihan jalan dan memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi.
Katanya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.38 petang.