Anda di sini

Kerajaan ambil berat pembangunan modal insan

Advertisement
ABDUL Rahman (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kepada belia yang berjaya melanjutkan pengajian melalui program berkenaan.
ABDUL Rahman (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kepada belia yang berjaya melanjutkan pengajian melalui program berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan memandang berat penghasilan modal insan yang dapat memberi impak besar kepada pembangunan negara seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata usaha memperkasakan sistem pendidikan negara di peringkat tinggi itu mampu mendukung aspirasi kepimpinan negara untuk melahirkan rakyat yang berdaya saing dan berdaya maju hingga ke peringkat global.

"Pendidikan adalah aset utama dalam perlaksanaan pembangunan negara dan sekiranya kita mengabaikan kepentingan pendidikan ini bererti kita bukan sahaja mengekang pencapaian negara, tetapi yang lebih besar kita menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat.

"Kepentingan dalam pendidikan ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukkan yang diberikan oleh pihak kerajaan khususnya terhadap perbelanjaan dalam bidang pendidikan mencatatkan jumlah yang tinggi tanpa memandang kepada risiko yang bakal dihadapi.

"Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement