Anda di sini

Jangan tularkan maklumat tidak betul

Advertisement
Yahya (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta, turut kelihatan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Bruno Vun (dua kanan).
Yahya (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta, turut kelihatan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Bruno Vun (dua kanan).

PUTATAN: Masyarakat di daerah ini disaran supaya mengesahkan sesuatu maklumat yang diterima sebelum menularkan maklumat berkenaan bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, segala maklumat yang diperoleh perlu disemak terlebih dahulu sebelum menularkan maklumat berkenaan.

Katanya, dalam berdepan dengan musim Pilihan Raya Umum (PRU) ini pelbagai maklumat palsu boleh tersebar.

“Jadi saya berharap rakyat supaya jangan salah membuat tafsiran kerana ia akan membawa padah kepada negara. Jangan terus percaya kepada sesuatu berita yang tidak betul.

“Misalnya dulu tersebar berita mengenai 40,000 orang Bangladesh akan dibawa masuk. Semua orang percaya dan marah dengan Kerajaan BN, itu menyebabkan kita tidak begitu baik untuk beberapa kawasan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Program Sinda-IT peringkat daerah Putatan, di sini hari ini.

  • oleh
  • Advertisement