
PENAMPANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin bersedia untuk dicalonkan semula untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun katanya, keputusan muktamat mengenai perkara itu akan diketahui dalam beberapa hari lagi.
"Saya jenis yang kerja berpasukan...mungkin saya calon di Moyog atau Parlimen di sini tapi belum diketahui lagi.
"Bagaimanapun, dalam politik tiada yang pasti...walaupun disenaraikan pada masa kini tetapi boleh diubah di saat saat akhir, setakat ini peluang saya lebih kepada kerusi Moyog," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sepakat Negaraku Komuniti 1Malaysia Mobile CTC, di Kampung Madsiang hari ini.
Donald yang juga Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog menjangkakan terdapat pertandingan tiga penjuru di setiap kerusi dalam Parlimen Penampang pada PRU kali ini.
