Anda di sini

Belia perlu sedia hadapi revolusi industri 4.0

Advertisement
BALAN (berdiri, lima kiri) bersama sebahagian peserta yang mengikuti Kolokium Belia dan Revolusi Industri 4.0.
BALAN (berdiri, lima kiri) bersama sebahagian peserta yang mengikuti Kolokium Belia dan Revolusi Industri 4.0.

KOTA KINABALU: Golongan belia perlu bersedia dan mengenali potensi diri dalam menghadapi cabaran revolusi industri 4.0.

Pensyarah Program Pembangunan Belia dan Komuniti Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishnan berkata, persekitaran kerja antara aspek yang perlu diadaptasi dengan sebaiknya.

Menurutnya, seiring dengan usaha itu, pihaknya menganjurkan Kolokium Belia dan Revolusi Industri 4.0 yang melibatkan pelajar FPP.

"Menerusi kolokium ini, kita dapat membantu memantapkan kebolehan, kemahiran dan keyakinan diri dalam kalangan peserta.

"Selain itu, ia juga dapat merealisasikan potensi mereka ke arah revolusi industri 4.0," katanya sempena majlis perasmian kolokium itu di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kolokium berkenaan bertujuan memperlihatkan persekitaran positif khususnya dalam bidang kerjaya.

Katanya, antara isu yang diketengahkan dalam program itu termasuklah intervensi kemahiran hidup serta kreativiti dan inovasi.

Program yang dianjurkan buat pertama kalinya itu melibatkan seramai 150 peserta termasuk mahasiswa Program Belia dan Komuniti FPP.

 

  • oleh
  • Advertisement