Anda di sini

Anifah: Jangan percaya hasutan pembangkang

Advertisement
 

KIMANIS :  Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Seri Anifah Aman menyeru kepada masyarakat Tiong Hua di kawasan ini tidak terperdaya dengan hasutan pihak pembangkang yang dilihat muncul lima tahun sekali untuk mengapi-apikan pelbagai sentimen bagi meraih undi.

Beliau turut menyifatkan tindakan pihak pembangkang yang suka memburukkan imej kerajaan bukan sahaja tindakan terdesak untuk memenangi hati masyarakat Cina di kawasan itu malah menunjukkan belang sebenar mereka kerana suka menyebar fitnah.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perjumpaan dengan pemimpin setempat dan masyarakat Cina di Dewan Serbaguna Ulu Kimanis, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Seramai 300 masyarakat Tiong Hua di sekitar perkampungan Ulu Kimanis hadir dalam majlis santai berkenaan yang turut menyuarakan sokongan kepada

Anifah sebagai calon Parlimen Kimanis dan Mohamad, calon DUN Bongawan pada PRU-14 nanti.

ANIFAH bersama Mohamad menyerahkan sumbangan kepada warga emas dalam program santai bersama rakyat di Dewan Serbaguna Ulu Kimanis.
ANIFAH bersama Mohamad menyerahkan sumbangan kepada warga emas dalam program santai bersama rakyat di Dewan Serbaguna Ulu Kimanis.
  • oleh
  • Advertisement