Anda di sini

Kerajaan ada rancangan bangunkan pelbagai sektor

Advertisement
TSANG ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pengundi Cina.
TSANG ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Pengundi Cina.

SANDAKAN: Ketua Pemuda LDP Sabah Tsang Hieng Yee berkata kerajaan mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk membangunkan pelbagai sektor di daerah ini termasuk pelancongan, pendidikan dan agrikultur sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Katanya, perancangan jangka masa panjang itu pastinya akan direalisasikan secara efektif sekiranya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sandakan adalah di bawah calon Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Makan Malam Bersama 100 Pengundi Cina di sini.

Majlis berkenaan diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama pemimpin LDP dan masyarakat Cina.

Pada majlis itu, Tsang juga mengambil peluang untuk berkongsi pandangannya berkaitan pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Tsang memohon agar masyarakat Cina memberi peluang kepada calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membolehkan Sandakan terus menikmati pembangunan dan perkembangan yang lebih baik daripada kerajaan BN.

  • oleh
  • Advertisement